Perlindungan Data Peribadi (Versi Inggeris)
Prinsip
Terima kasih kerana melawat laman web Linde Malaysia, dan atas minat anda dalam syarikat kami dan produk kami.
Laman web ini http://www.linde.com.my adalah dikendalikan oleh Linde Malaysia Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai MOX-Linde Gases Sdn Bhd) (100783-W) untuk diri mereka sendiri dan bagi pihak syarikat-syarikat bersekutu di Malaysia (secara kolektifnya dirujuk sebagai "Linde Malaysia"). Linde Malaysia adalah sebahagian daripada The Linde Group.
Walau bagaimanapun, laman-laman web lain The Linde Group mungkin mengandungi polisi-polisi privasi yang berlainan daripada yang tertera di sini bagi mencerminkan keperluan tertentu daripada bidang kuasa yang berbeza di mana mereka beroperasi. Semasa mengakses dan/atau menggunakan mana-mana laman web lain ini, sila semak polisi privasi yang berkenaan dengannya.
Kami memandang serius perlindungan data peribadi anda dan kami bergantung kepada kerjasama bersama. Perlindungan data peribadi anda adalah yang paling penting kepada kami. Kami mematuhi semua peruntukan berkanun untuk perlindungan data dan, ,khususnya, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 di Malaysia berserta dengan garis panduan yang telah dibangunkan di bawahnya. Kakitangan kami mempunyai tanggungjawab untuk menganggap semua maklumat sebagai sulit dan kami menyediakan latihan dalam bidang perlindungan data dan keselamatan data kepada mereka.
Dalam bahagian-bahagian di bawah ini, kami menerangkan secara ringkas bagaimana kami melindungi data peribadi anda dan apa yang kami maksudkan untuk anda apabila anda menggunakan tawaran dalam talian kami.
Data Akses
Apabila halaman internet kami dipanggil, Linde Malaysia menerima data akses yang disimpan untuk tujuan perlindungan dan bantuan dalam pengenalan.
Data ini termasuk:
· nama pembekal perkhidmatan internet anda;
· negara dari mana anda mengakses laman web kami;
· laman web yang telah mengarahkan anda kepada keujudan internet kami;
· istilah carian yang anda gunakan, jika anda datang ke laman web kami melalui enjin carian;
· laman web Linde Malaysia atau The Linde Group yang anda lawati;
· alat pengguna (pelayar web, sistem operasi) yang anda gunakan untuk mengakses laman web kami;
· fail yang anda muat turun dari laman web kami (seperti PDF atau dokumen Word);
· tempoh lawatan anda; dan
· tarikh dan masa lawatan anda.
Data ini terutamanya dianalisis oleh Linde Malaysia supaya kami dapat membiasakan diri kami serta menilai tingkah laku pengguna. Dalam proses ini, kami tidak mempergunakan data peribadi ini.
Data Peribadi
Data peribadi adalah maklumat yang digunakan secara jelas untuk menentukan identiti anda. Ini termasuklah maklumat seperti nama dan alamat pos atau e-mel anda.
Satu-satunya masa kami menyimpan data peribadi selain daripada data akses anda adalah jika anda memberikan kami maklumat ini secara sukarela, sebagai contoh dalam sebahagian daripada pendaftaran, kaji selidik, pertandingan yang berhadiah, pertanyaan orang hubungan, pendaftaran untuk surat berita atau untuk memproses pesanan dalam talian.
Selain itu, data peribadi digunakan hanya setakat yang perlu dan hanya untuk tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang yang anda telah memberikan persetujuan anda.
The Linde Group, yang mana Linde Malaysia adalah sebahagian daripadanya, menggunakan prosedur penyulitan di kawasan yang selamat bagi memastikan komunikasi di antara pelayar anda dan sistem tempahan Linde, sebagai contoh, tidak boleh dibaca oleh orang lain di internet.
Semua data disimpan secara eksklusif pada pelayan Linde AG di Jerman, dan data itu diberikan tahap perlindungan yang mencukupi dan sekurang-kurangnya bersamaan dengan yang di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia. Dengan menggunakan sistem tempahan kami, anda bersetuju dengan penyimpanan dan penggunaan data anda oleh Linde Malaysia dan syarikat bersekutu yang lain.
Data Peribadi Sensitif
Tidak mungkin bahawa Linde Malaysia akan memungut apa-apa data peribadi sensitif mengenai individu. Jika, bagaimanapun, apa-apa data peribadi yang sensitif diperlukan, Linde Malaysia akan mengumpul dan menggunakan ini mengikut semua undang-undang.
Pemindahan Data Peribadi kepada Pihak Ketiga
Linde Malaysia memberikan beberapa daripada perkhidmatannya bersama-sama dengan rakan kongsi yang terpilih. Rakan-rakan kongsi ini adalah tertakluk kepada peruntukan ketat statutori yang sama untuk perlindungan data sepertimana Linde Malaysia dan mereka telah disepadukan ke dalam konsep perlindungan data ini.
Data Peribadi hanya akan dipindahkan pada :
· masa memproses data yang berkaitan dengan tempahan, seperti tempahan dalam talian; dan
· dalam kes-kes individu, dengan syarat anda telah memberikan persetujuan anda.
Maklumat tambahan - seperti kenyataan yang diberikan secara sukarela mengenai bidang-bidang utama yang anda berminat - tidak dipindahkan kepada pihak ketiga oleh Linde Malaysia.
Data peribadi hanya disampaikan kepada institusi-institusi negeri dan pihak berkuasa sekiranya ia termaktub di dalam skop kewajipan badan berkanun atau kehakiman. Apabila dikehendaki oleh undang-undang, Linde Malaysia akan melepaskan data peribadi ini kepada pihak berkuasa yang berkenaan atas permohonan yang betul.
Kuasa Pembatalan
Jika anda memohon secara bertulis supaya Linde Malaysia atau wakil yang bertanggungjawab untuk anda membuat pindaan, berhenti daripada menggunakan atau memadam data peribadi anda, kami akan berbuat demikian dengan segera.
Jika anda berdaftar sebagai pelanggan Linde Malaysia, anda boleh memohon untuk melihat data dan memadam atau mengubah data tersebut seperti yang diperlukan.
Cecikut (“Cookies”)
Cecikut adalah fail teks kecil yang digunakan oleh banyak laman-laman web di Malaysia dan di seluruh dunia. Cecikut akan dicipta semasa anda melawat ke laman web kami dan diletakkan pada cakera keras anda oleh pelayan kami. Cecikut kami tidak mengandungi maklumat tentang individu-individu tertentu. Selain itu, cecikut yang disimpan oleh pelayan kami hanya boleh dibaca semula oleh kami dan tidak boleh dibaca oleh mana-mana laman web yang lain.
Kebanyakan pelayar ditetapkan untuk menerima cecikut secara automatik. Jika anda tidak mahu menikmati kelebihan-kelebihan cecikut ini, anda boleh menyahaktifkan fungsi ini dalam pelayar anda. Anda juga boleh melihat laman web kami tanpa cecikut. Walau bagaimanapun, dengan melakukan sedemikian, ianya mungkin menghadkan penggunaan sesetengah ciri lama web kami.
Kandungan Aktif yang Lain (contoh Javascript, ActiveX)
Javascript, ActiveX dan unsur-unsur kawalan laman-laman web lain dan skrip bahasa yang mengandungi unsur-unsur pelaksanaan boleh dinyahaktifkan pada bila-bila masa atas sebab-sebab keselamatan menggunakan pelayar anda. Laman internet kami masih boleh dilayari tanpa Javascript.
Pautan
Laman web Linde Malaysia mungkin mengandungi pautan ke laman-laman web lain. Kami tidak bertanggungjawab untuk amalan-amalan perniagaan yang lain atau kandungan laman web yang dipautkan ke laman web kami untuk perlindungan data. Linde Malaysia menggalakkan pengguna untuk menyedari perkara ini apabila mereka meninggalkan laman web kami dan membaca kenyataan privasi bagi setiap laman-laman web tersebut.
Sekatan
Linde Malaysia berhak untuk mengubah garis panduan ini untuk perlindungan data pada bila-bila masa dalam mematuhi undang-undang perlindungan data yang terpakai pada masa tersebut.
Soalan dan Komen
Jika anda mempunyai sebarang soalan atau cadangan mengenai perlindungan data di Linde Malaysia, sila hubungi kami.
Malaysia
Ogos 2014